default | grid-3 | grid-2

Post per Page

Sublimation Printing Service in Kuala Lumpur



Sublimation Printing
Sublimation Printing Service in Kuala Lumpur; Proses cetakan sublimation secara teknikalnya adalah lebih mudah berbanding cetakan silkscreen. Teknik sublimation hanya menggunakan printer untuk mencetak design dan kertas tersebut akan di pindahkan keatas produk. Jadi secara ringkas, proses ini hanya melibatkan 2 proses, cetak dan transfer.


Untuk cetakan silkscreen pula, design itu sendiri perlu diasingkan warna (color separation. kemudian design perlu dicetak dengan warna hitam. Block (bingkai/frame kain mesh) perlu disediakan bg membuat acuan design. chemical "emulsion" perlu disapu pada kain mesh dan tunggu hingga kering. kemudian, design yg dicetak menggunakan kertas tadi perlu ditekapkan pada block yg telah kering td. kemudian block tersebut perlu di expose kpd lampu (exposer). Selepas beberapa minit, blok tadi perlu dicuci dengan menggunakan penembak air (air perlu kuat) bagi mengeluarkan emulsion pada block. kemudian proses "mematikan" emulsion perlu di lakukan sama ada menjemur dibawah sinar matahari atau mengunakan lampu lagi (proses ini akan memanjangkan hayat penggunakaan block-supaya emulsion tidak tanggal).selepas itu, ink perlu dibancuh mengikut warna yg dikehendaki. Meja khas untuk cetakan juga perlu di sediakan untuk teknik cetakan ini. Kemudian barulah proses cetakan bermula.

Ketahanan Sublimation Printing

Ketahanan ink Sublimation sangat tahan lasak, ianya menyerap masuk kedalam benang Fabric Polyster kekal sehingga kain menjadi lusuh. Tidak perlu was-was tentang kualiti printingnya. Kami berani jamin ianya tahan lama.

Jahitan Yang Kemas

Kami menjaga kualiti jahitan yang setanding dengan baju branding, tiada istilah jahitan yang tidak berkualiti. ini satu amanah yang perlu kami ketengahkan untuk memberikan kepuasan kepada semua pelnggan kami. Jika sekiranya kami terlepas pandang hantar semula kami akan jahit semula sampai pelnggan berpuas hati.

Jenis-Jenis Material Untuk Sublimation

Microfiber Eyelet 

Kain jenis ini amat selesa dipakai dan kebiasaannya digunakan untuk hari sukan serta aktiviti luar. Kain ini tidak meresap peluh dan cepat kering. Kain ini lebih mahal dari kain TC, lacoste dan juga Cotton.

Microfiber Interlock 

Ia memiliki kualiti yang tinggi dan memberikan keselesaan kepada si pemakai. Kain ini lebih tebal, lembut tetapi tidak panas dan harganya sedikit mahal. Biasanya menjadi pilihan pelanggan yang tidak berkira tentang harga dan mementingkan keselesaan serta kualiti.

Microfiber RJ

Kain jenis microfiber RJ ini tidak banyak maklumat yang boleh kami dapat, ianya salah satu kain yang boleh printing Sublimation, sedangkan harganya sedikit mahal berbanding dengan tiga jenis yang lain.

Berapa Hari Boleh Siap

Printing Sublimation ada banyak step kena buat ianya memakan masa hampir satu minggu ke 2 minggu hari bekerja. Bermula dari komformation design, Printer, Heat tranfer, kemudian jahit.

Berapa Harga untuk Printing Sublimation
Harga mengikut kuantiti dan design, makin banyak tempahan anda maka makin murah harganya dan jika sedikit tempahan maka harga lebih mahal.

Anggaran Harga Full Sublimation

Round Neck
20pcs - 49pcs RM32.00
50pcs - 99pcs RM28.00
100pcs ketas RM26.00
Long Sleeve +RM4.00

Collar
20pcs - 49pcs RM36.00
50pcs - 99pcs RM32.00
100pcs ketas RM30.00
Long Sleeve +RM4.00

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.

WhatsApp & Dapatkan Harga

No comments

Comment dengan cermat. Dilarang beriklan..Terimakasih!

Message on WhatsApp

Error Page Image

Error Page Image

Oopps!!.... Maaf.

Data tidak dijumpai dalam database kami. Articles ini berkemungkinan telah dipadam

Sila ke HomePage